Wednesday, 1 July 2015

Gendang dan rebana

SUBJEK: Bahasa Malaysia Tahun 5
Tajuk: Gendang dan Rebana
Aktiviti: Bernyanyi dan berlakon
Kemahiran Fokus: 4.1.1
Murid memahami seni kata lagu.

Berikut ialah persembahan daripada murid- murid.






Refleksi:
Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan. Mereka diberikan masa 10 minit untuk berbincang tentang persembahan. Setiap kumpulan dapat mempersembahkan lagu Gendang dan Rebana mengikut irama lagu Joget Pahang. Mereka dapat melakukan tugas mereka dengan baik dan menghiburkan walaupun diberi tempoh latihan yang singkat.

Monday, 29 June 2015

Cetakan

SUBJEK: Pendidikan Seni Visual Tahun 4
Bidang: Membuat corak dan rekaan
Tajuk: Pembalut Hadiah
Teknik: Cetakan
Masa : 1 jam










Antara hasil karya yang baik daripada  murid.


Refleksi:

Hampir semua murid dapat menyiapkan tugasan mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Hanya terdapat beberapa orang murid yang belum siap. Saya dapati yang tidak siap tidak fokus dengan kerja mereka. Ada juga yang tidak membawa bahan dan alatan yang diperlukan. 

Guru Disiplin

Persediaan sebelum perhimpunan mingguan ( 29 Jun 2015)

Selaku guru disiplin, saya memastikan murid dalam keadaan teratur dan disiplin terkawal. Majlis berjalan lancar.


Tembikar

Subjek:Pendidikan Seni VisualTahun 4
Bidang: Kraftangan tradisional
Tajuk: Tembikar Hiasan
Teknik:Picitan
Masa: 1jam








                                   
Refleksi:
Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Semua murid melibatkan diri dengan aktif. Masing-masing dapat menghasilkan karya tembikar kreatif. Mereka dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.